PADANG ARAFAH
PADANG ARAFAH
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah berarti "Gunung Rahmat". Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah berarti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.
Wukuf merupakan momen ketika jemaah haji berkumpul di Padang Arafah mulai dari matahari tergelincir pada hari tersebut hingga terbenam matahari pada hari yang sama. Selama waktu tersebut, jemaah haji dianjurkan memperbanyak doa, dzikir, merenungkan kebesaran Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya.
Padang Arafah memiliki makna yang penting dalam ajaran Islam. Di tempat ini, Nabi Muhammad SAW juga menyampaikan khutbah wida' (khutbah perpisahan) kepada umat Islam pada tahun terakhir beliau sebelum wafat. Oleh karena itu, tempat ini memiliki nilai historis dan spiritual yang tinggi bagi umat Islam.